Eleven: "kalu aku ade kete nie mmg aku tembak je sape yg cube nk dekat ... hahaha..mahal ma..gile ape..."
10: Mercedes Benz SLR McLaren Roadster
( $495,000 = RM 1,476,977.00 )
Merupakan GT Supercar dengan kelajuan mencecah 206 mph+ dan mampu mencapai kelajuan 60 mph dalam masa 3.8 saat. Sebuah kereta transmisi automatik terlaju dengan bentuk kereta yang 'outstanding' dari segi 'performance' dan juga 'style'.
Satu2 nya kereta yang dibenarkan untuk follow kereta lumba F1 di litar kalu time hujan lebat.
9: Saleen S7 Twin Turbo
( $555,000 = RM 1,651,149.00 )
Sebuah kereta produk America di mana kereta ini merupakan kereta yang ke-3 terlaju di dunia dengan top speed mencecah 248 mph+ dan mampu mencecah kelajuan dari 0-60 mph dalam masa 3.2 saat.
Agak2 tempat korang xde traffic light boleh lah beli kereta ni. Takde lah membazir minyak sangat.
8: SSC Ultimate Aero
( $654,000 = RM 1,945,315.48 )
Kereta ini adalah kereta terpantas dan terlaju di dunia untuk dibawa dijalanan. Mengatasi Buggati Veyron dengan kepantasan mencecah 257 mph+ dan mencapai kelajuan dari 0-60 mph dalam masa 2.7 saat. Sebuah supercar yang terpantas dan hanya 25 buah sahaja yang terdapat di dunia ini.
Kire korang beruntung lh kalu dapat sebijik kereta ni.
7: Pagani Zonda C12 F
( $667,321 = RM 1,984,946.43 )
Di hasilkan dari sebuah company yang independent di Itali, Pagani Zonda C12 F ini merupakan sebuah kereta ke-5 terlaju di dunia dengan kelajuan mencecah 215 mph+ dan mampu mencapai kelajuan dari 0-60 dalam masa 3.15 saat.
Ade bran angkut kete ni?
6: Ferrari Enzo
( $670,000 = RM 1,992,926.95 )
Kereta yang popular yang dihasilkan dari Ferrari. Hanya 400 biji sahaja dihasilkan dengan dengan kelajuan diatas jalan mencecah 217 mph+ dan capaian 0-60 mph dalam masa 3.4 saat sahaja.
Kalau dilelong, harga kereta ini mampu mencecah $1 Juta @ RM 2.9 Juta.
5: McLaren F1
( $970,000 = RM 2,886,234.80 )
Dengan kelajuan mencecah 240 mph dan capaian ke 60 mph dalam masa 3.2 saat, kereta ini merupakan yang terlaju dan termahal pada tahun 1994. Tapi tu cite lame lh. Walaubagaimanapun, kereta ini masih mengekalkan lagi daya kelajuan dan harga yang termahal setanding kereta yang ada sekarang.
4: Maserati MC12 Corsa
( $1,500,000 = RM 4,459,350.00 )
4: Maserati MC12 Corsa
( $1,500,000 = RM 4,459,350.00 )
Antara kereta yang mencecah harga lebih dari sejuta USD. Maserati MC12 Corsa mampu mencapai kelajuan sehingga 202 mph+. Edisi terhad ini hanya dijual sebanyak 12 unit sahaja di dunia dan paling dekat untuk membelinya adalah di Jepun. Namun harganya tetap sama. Jangan ingat kalau sampi ke Asia harga dia murah. Makin mahal adelah.
Keluaran yang termahal dan terhebat dihasilkan oleh Lamborghini dengan kelajuan mencecah 211 mph dengan mengambil masa 3.3 saat untuk mencecah kelajuan 60mph. Rekabentuk yang bercirikan pesawat pengintip Stealth dengan permukaan yang licin adalah antara penyebab kereta ini bernilai yang sangat tinggi. Dengan menggunakan enjin V12 650 HP berserta bahan binaan yang ringan iaitu daripada 'carbon fiber', Lamborghini meletakkan dirinya antara yang terbaik dalam kelas 'supercar'.
2: Buggatti Veyron
( $1,700,000 = RM 5,056,820.00 )
Bugatti Veyron adalah kereta jalanan yang termahal dikeluarkan dipasaran sekarang. Dengan kelajuan sehingga 253 mph dengan mengambil masa 2.6 saat bagi mencecah kelajuan 60 mph, kedua terlaju selepas SSC Ultimate Aero. Kereta yang pernah dan mampu menyaingi kelajuan jet pejuang 'Euro Fighter Typhoon'. Kereta terlaju dan termahal untuk dimiliki.
1: Koenigsegg Trevita
( $2,173,950 = RM 6,466,414.38 )
Akhirnya, inilah kereta ter ter termahal di dunia untuk masa ini. Anda mungkin tidak percaya bahawa hanya 3 unit Koenigsegg Trevita terdapat di dunia ini. Yang paling pasti, kat Malaysia confirm takde. Menduduki carta ke4 terlaju di jalan raya dengan kelajuan mencecah 245 mph+. Antara penyebab mahalnya kereta ini adalah kerana terdapatnya kilauan berlian daripada gentian karbon (carbon fiber) yang dikenali sebagai 'Trevita' dalam bahasa Swedish.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apa2 pun..saje2 je kongsi dengan anda semua. Kalau berkeinginan boleh lah angkut mane2 kereta kat atas ni. Kasi nampak dunia ni yang rakyat Malaysia mampu untuk membeli kereta yang mahal2 ni. Jangan lupa 'comment' yak !!...bye2
No comments:
Post a Comment